Tuesday, 24 November 2015
Tuesday, 17 November 2015
Lawatan Mahasiswi UUM ke Snek Rorris's
Mahasiswi UUM bersama pengasas Snek Rorris's
Snek Rorris's dengan tangan terbukanya menerima lawatan mahasiswa-mahasiswi UUM pada minggu lepas. Motif lawatan mahasiswa-mahasiswi ini adalah untuk melawat dan mengenali industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Mahasiswa UUM tulah diberikan pengenalan berkaitan den pemprosesan Snek Rorris's dari pembuatan kerepek, pembungkusan sehingga penjualan kepada pembeli secara pukal dan sebagainya.
Sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada mahasiswa-mahasiswei UUM atas minat terhadap Snek Rorris's.
Doorgift Budget Snek Rorris's
menawarkan lebih 20 jenis snek yang PASTI menjadi kesukaan ramai !!
1-49 pcs
50-100 pcs
101-300 pcs
LAGI BANYAK LAGI BUDGET
Dan..ADA lagi..
DISKAUN 10% untuk 5pelanggan TERAWAL setiap bulan.
✔LIKE page Snek Rorris's
✔Buktikan dengan id Fb anda
✔komen mana-mana post
Berminat sms/call/whatsapp taip;
"SAYA NAK DOORGIFT BUDGET"
019-5590656
✏Dapatkan cara untuk pembelian online
✏Dapatkan harga dan senarai penuh juga gambar snek
KEPUASAN ANDA KEGEMBIRAAN KAMI !!
Sunday, 15 November 2015
Saturday, 7 November 2015
Pengusaha Snek Rorris's
Rozana @ Ruhaida Mohd Soyoti
Rozana @ Ruhaidah binti Mohd Soyotmerupakan pengasas utama Kerepek Pagoda atau lebih dikenali dengan Kerepek Nurkasih bersama suaminya, Noor Aris. Pada awal permulaan menjalankan perniagaan kerepek ini, hanya bermula dari rumah secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan daripada sahabat handai dan masyarakat setempat.
Mula melibatkan diri dan berdaftar dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sekitar tahun 2009 dengan cadangan dan sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan terdekat dengan menamakan perniagaan mereka sebagai Snek Rorris’s.
Pelbagai program keusahawanan yang disertai untuk lebih memahami dan mendalami pengetahuan dalam IKS.
Monday, 2 November 2015
Misi dan Visi Snek Rorris's
VISI
Membesar menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dengan memperkenalkan lebih meluas ‘hot product’ kami iaitu snek pagoda hasil buatan mukmin, berkualiti, halal lagi suci yang sangat digemari setiap lapisan masyarakat seluruh Malaysia.
MISI
Snek Rorris's sentiasa memastikan mutu produk dijaga dari segi rasa yang konsisten , yang mana terhasil dari proses pembuatan yang sentiasa dikawal rapi dari gerak kerja yang bersistematik.Oleh itu, kerja-kerja perlu dijalankan oleh pekerja yang terlatih dan berpengalaman untuk menjaga kualiti produk
Sunday, 1 November 2015
Latar belakang
Snek Rorris’s atau lebih dikenali dengan Kerepek NurKasih merupakan
sebuah syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menghasilkan dan
menawarkan lebih daripada 20 jenis snek seperti Kerepek
Pagoda (Kerepek NurKasih), Maruku
Meletop, Keropok, Kerepek dan Popia Sira.
Servis/ Perkhidmatan:
- Pemborong snek untuk pengedar perniagaan kecil-kecilan
-pakej Doorgift dan pakej berniaga untuk
sebarang majlis kenduri kahwin & majlis hari lahir
Subscribe to:
Comments (Atom)






